ONLINE CLASSROOM

ONLINE CLASSROOM

Monday 28 September 2015

Maklumat Ringkasan Kelayakan DBK5 Sesi Jun 2015

Assalamualaikum wbh dan Salam 1 Malaysia.

Untuk tindakan Faizisufee dan kelas DBK5. Sila muaturun borang pada pautan di bawah dan penuhkan maklumat yang diperlukan:


Sila lengkapkan borang tersebut dan emailkan kepada saya,

zaril@polikk.edu.my sebelum jam 2.00 petang hari ini juga (28/9/2015).

Sekian, terima kasih.

Tuesday 22 September 2015

Nota Kuliah CW505


Assalamualaikum wbh dan Salam 1 Malaysia.

Bersempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban yang bakal menjelma 24 September 2015 ini sukacitanya saya telah memuatnaik nota kuliah CW505 (Pulp and Paper Technology) untuk Lecture 7 dan Lecture 8. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pelajar-pelajar yang beragama Islam.




Selamat bercuti dan membaca nota yang diberi!

Saturday 19 September 2015

Ujian Amali Makmal CW505 (Pulp and Paper Technology)


Assalamualaikum wbh dan Salam 1 Malaysia.

Apa khabar anda semua. Saya harap semuanya berada di dalam keadaan yang sihat sempurna hendaknya. Baiklah, pagi ini kita akan lakukan Ujian Amali Makmal bagi kursus CW505 (Pulp and Paper Technology) sebagaimana yang saya maklumkan semalam melalui kumpulan Watsapp CW505/CW504. Sebelum kamu mulakan ujian tersebut mohon muaturun dahulu dokumen-dokumen penting bagi menjawab dan melaksanakan ujian tersebut. Berikut adalah dokumen-dokumen yang wajib untuk dimuaturun dan digunakan semasa ujian berlangsung:

 kertas jawapan - prosedur

 kertas jawapan - pengiraan

ARAHAN UJIAN:
  1. Bahagikan kelas kepada 6 kumpulan.
  2. lakukan prosedur makmal untuk mendapatkan kekuatan larutan sodium sulphide sepertimana anda lakukan di dalam makmal.
  3. Tuliskan semua jawapan anda di dalam borang dan kertas-kertas jawapan yang telah anda muaturun di atas. Jika perlukan helaian tambahan mohon dicetak dan diperbanyakkan.
  4. Peringatan: Sila ambil klip video untuk setiap prosedur titratan yang anda lakukan bagi setiap sampel yang anda gunakan dan muatnaik ke kumpulan CW505/CW504 Watsapp. Labelkan klip video anda sebagai contohnya, CW505/PT/GCharles1 dan seterusnya untuk sampel yang kelima CW505/PT/GCharles5. Huruf-huruf yang saya tandakan dengan warna biru tersebut adalah nama wakil setiap kumpulan. Kegagalan anda mengepos video tersebut ke kumpulan CW505/CW504 Watsapp akan saya anggap sebagai tidak menjawab soalan.
  5. Sediakan satu laporan lengkap yang dijilid. Laporan yang lengkap tersebut hendaklah dihantar ke dalam pigeon hole saya selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang hari ini (19 Sept 2015). Sila ambil gambar sebagai bukti penghantaran. Sebarang keterlewatan akan menyebabkan 10 MARKAH akan dipotong.

Thursday 17 September 2015

Case Study 2 (CW602 - Product Costing)


Assalamualaikum wbh and Salam 1 Malaysia.

Topic 4 - Decision Making
The task - Each group is require to produce a video clip with duration of 5 minutes containing how the decision making process is very important in your life. You may choose any situation from your past experience that directly explain the process. You're also free to use any video maker software that compatible to any PC or laptop. Kindly burn your masterpiece in CD-R. Your assignment must be on my desk before or on 28 Sept 2015.

The evaluation - Your assignment will be evaluated based on this following criteria:

1. Genuine of your workpiece - 10 marks
2. Quality - 10 marks
3. Content - 20 marks
4. Continuity - 10 marks
5. Professionlisme - 10 marks

Good luck and happy shooting!!

Monday 13 July 2015

Salam Pendahuluan


Assalamualaikum wbh dan Salam 1 Malaysia.
Selamat datang ke blog mrzarileclass. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk mempelbagaikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi mendukung aspirasi kerajaan di dalam perlaksanaan corak pembelajaran secara OBE (Outcome Based Education). Blog ini juga memberi peluang kepada pelajar khususnya yang sedang mengikuti kursus dibawah kendalian saya di Politeknik Kota Kinabalu Sabah belajar secara kendiri. Akhir kata saya amat berharap semoga blog ini akan dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar saya sekaliannya.