ONLINE CLASSROOM

ONLINE CLASSROOM

Saturday 19 September 2015

Ujian Amali Makmal CW505 (Pulp and Paper Technology)


Assalamualaikum wbh dan Salam 1 Malaysia.

Apa khabar anda semua. Saya harap semuanya berada di dalam keadaan yang sihat sempurna hendaknya. Baiklah, pagi ini kita akan lakukan Ujian Amali Makmal bagi kursus CW505 (Pulp and Paper Technology) sebagaimana yang saya maklumkan semalam melalui kumpulan Watsapp CW505/CW504. Sebelum kamu mulakan ujian tersebut mohon muaturun dahulu dokumen-dokumen penting bagi menjawab dan melaksanakan ujian tersebut. Berikut adalah dokumen-dokumen yang wajib untuk dimuaturun dan digunakan semasa ujian berlangsung:

 kertas jawapan - prosedur

 kertas jawapan - pengiraan

ARAHAN UJIAN:
  1. Bahagikan kelas kepada 6 kumpulan.
  2. lakukan prosedur makmal untuk mendapatkan kekuatan larutan sodium sulphide sepertimana anda lakukan di dalam makmal.
  3. Tuliskan semua jawapan anda di dalam borang dan kertas-kertas jawapan yang telah anda muaturun di atas. Jika perlukan helaian tambahan mohon dicetak dan diperbanyakkan.
  4. Peringatan: Sila ambil klip video untuk setiap prosedur titratan yang anda lakukan bagi setiap sampel yang anda gunakan dan muatnaik ke kumpulan CW505/CW504 Watsapp. Labelkan klip video anda sebagai contohnya, CW505/PT/GCharles1 dan seterusnya untuk sampel yang kelima CW505/PT/GCharles5. Huruf-huruf yang saya tandakan dengan warna biru tersebut adalah nama wakil setiap kumpulan. Kegagalan anda mengepos video tersebut ke kumpulan CW505/CW504 Watsapp akan saya anggap sebagai tidak menjawab soalan.
  5. Sediakan satu laporan lengkap yang dijilid. Laporan yang lengkap tersebut hendaklah dihantar ke dalam pigeon hole saya selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang hari ini (19 Sept 2015). Sila ambil gambar sebagai bukti penghantaran. Sebarang keterlewatan akan menyebabkan 10 MARKAH akan dipotong.

No comments:

Post a Comment